KUALA LUMPUR: Rancangan bagi menutup Jalan Sungai Besi menghala ke Sungai Besi/ Petaling Jaya (berhadapan Fraser Business Park) dan Bulatan Loke Yew kepada semua lalu lintas secara berperingkat mulai 30 Sept ini hingga 29 Sept 2024, ditangguhkan kepada 2 Okt hingga 1 Okt 2024.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini berkata, penutupan jalan itu bertujuan membolehkan kerja-kerja pelebaran, pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew dijalankan.
''Pentadbiran DBKL telah melantik Tetuan Pertama Makmur Sdn Bhd untuk melaksanakan kerja-kerja bagi melebarkan Jalan Yew yang bermula pada Oktober 2021 dan dijangka siap pada 31 Dis 2025, dan kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan di tapak,'' menurut kenyataan itu hari ini.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya boleh menggunakan beberapa lencongan trafik yang disediakan.
Trafik dari Bulatan Kampung Pandan untuk ke Sungai Besi/ Petaling Jaya akan dilencongkan kepada dua bahagian iaitu satu laluan melalui jalan bersebelahan Federal Bakery dan satu laluan memasuki laluan kontra di lorong bersebelahan.
Laluan trafik Jalan Yew dari Bulatan Kampung Pandan untuk ke Jalan Kinabalu dan Jalan Kuching akan ditutup pada tempoh pembinaan, justeru laluan alternatif adalah melalui Jalan Kampung Pandan, Jalan Imbi dan Jalan Hang Tuah.
Sementara bagi membolehkan kerja-kerja meroboh jambatan susur (ramp) dan pembinaan semula jambatan di Bulatan Pudu menghala ke Jalan Sungai Besi (bersebelahan Balai Polis Pudu), jalan susur dari Jalan Pudu ke Jalan Yew ditutup kepada semua lalu lintas pada tempoh yang sama.
''Laluan alternatifnya adalah melalui Jalan Sungai Besi, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Satu, Jalan Dua dan Jalan Tiga,'' menurut kenyataan itu.
Oleh itu, DBKL menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya mematuhi isyarat papan tanda dan arahan polis trafik sebagai panduan dan langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kesulitan.
- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 29 2023
Jalan Sungai Besi menghala ke Sungai Besi/ Petaling Jaya (berhadapan Fraser Business Park) dan Bulatan Loke Yew akan ditutup kepada semua lalu lintas secara berperingkat pada 2 Okt hingga 1 Okt 2024.
Kehadiran Armada Laut Turki terjemahan hubungan erat Malaysia-Turki
Hubungan erat kedua-dua negara telah berjaya membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pusat pemprosesan ayam kotor diarah tutup - DBKL
Premis itu telah diambil tindakan ditutup serta merta di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.